RESEARCH PILLARSALL PUBLICATIONS

Research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas.


Editorial Others

Hello dan Salam Sejahtera!

The Centre dibuka dengan rasmi.
The Centre is officially open.

By The Centre CEO30 July 2019


Hello Semua!

  • Setelah beberapa bulan bekerja di belakang tabir, dengan rasminya, kami sudah online! Selamat datang ke The Centre.
  • Sedikit imbasan kembali kepada pos pengasas kami tempoh hari: kami adalah kumpulan pemikir dan pusat penyelidikan tidak berpihak (non-partisan) yang membawa penulisan dan kajian tentang isu-isu terkini dengan lensa haluan tengah. 
  • Apakah itu ‘haluan tengah?’ Kami ada terangkannya sedikit sebanyak di sini. Di halaman yang sama, kami juga menyatakan matlamat kami untuk menghasilkan penyelidikan dan penulisan tentang dasar yang lebih mudah dihadam dan ‘sosial’ untuk semua, termasuklah memperbanyakkan bahan dalam Bahasa Malaysia.
  • Selain itu, kami juga mula meneroka beberapa isu dalam topik-topik yang akan diperkembangkan lagi di masa hadapan. Antaranya, di bawah topik reformasi undang-undang, kami menyoroti latar belakang dan perkembangan terkini mengenai hukuman mati di Malaysia sebagai pengenalan kepada persoalan yang sukar dalam usaha Kerajaan untuk meminda undang-undang yang berkaitan. Kami juga ingin membuka topik pengurusan ekonomi negara dan sebagai wadah permulaan, kami membawa primer tentang hutang negara dan editorial tentang bagaimana kita boleh mencorakkan satu wawasan negara bagi menangani masa depan yang agak bergelora. 
  • Kami masih lagi di fasa permulaan dan tentunya The Centre akan melalui evolusinya tersendiri dalam usaha mencari tapak dalam lanskap think tank Malaysia. Kami berharap anda semua dapat bersama-sama kami dalam perjalanan ini. Berikanlah maklumbalas serta idea anda, walaupun sekadar berkongsi cerita dan pengalaman. Jemputlah untuk mendaftar dengan kami bagi menerima maklumat terkini. Selain dari laman web kami www.centre.my, anda juga boleh bersama kami di media sosial: Instagram (centremy_), Twitter (@CentreMY_) dan Facebook (TheCentreMY). Jumpa di sana!
  • Jom, kita mulakan bersama-sama!


Hello Everyone!

  • After a few months of set-up work, we’re happy to say welcome to The Centre!
  • A quick recap of an earlier posting from The Centre’s founders: we are a non-partisan research think tank aiming to bring you writing and research about issues that matter from a centrist point of view.
  • What is a centrist point of view in the Malaysian context? We’ve described what this entails in our ‘About’ page. There, we also state our goal of making policy-relevant writing and research more digestible and ‘social’ to the Malaysian public, including having more Bahasa Malaysia content.
  • Apart from this focus area, we are selectively exploring other topics with the intent of developing them into focus areas in the future. Under legal reform, we start with a primer on the death penalty in Malaysia as an introduction to a complex issue facing the Government and nation, with a potential legal amendment on the horizon. We also aim to cover issues related to the country’s economic management, starting with a simple primer on the national debt as well as an editorial on how as a vision-hungry nation, we could craft a better vision for these turbulent times.
  • It’s still early days for us and we expect to evolve quite a lot as we find our footing in the Malaysian think tank landscape. We hope you’ll join our journey and help us improve with feedback, ideas, or even by just sharing your stories. Do sign up for our site updates. Other than our site www.centre.my, you can find us on Instagram (centremy_), Twitter (@CentreMY_) and Facebook (TheCentreMY). Looking forward to seeing you there.
  • Let’s get (officially) started!

The Centre is a centrist think tank driven by research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas. We are a not-for-profit and a mostly remote working organisation.

JOIN OUR MAILING LIST.
WE WON’T SPAM YOU!

RESEARCH PILLARS
ALL PUBLICATIONS
ABOUT US
IN THE NEWS