Tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan cadangan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori. Ketahui latar belakang pelaksanaan hukuman mati di Malaysia dan perkembangan terkini.
By Azmadi Samsuddin17 September 2019
Apakah hukuman mati di Malaysia?
Malaysia adalah antara 56 negara yang menjalankan hukuman mati. Hukuman mati di Malaysia menggunakan teknik gantung iaitu menggunakan tali yang dipasang di leher untuk mematahkan tengkuk pesalah.
Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa ‘tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang’. Dengan peruntukan ini, sistem perundangan negara dibenarkan untuk melaksanakan hukuman mati ke atas kesalahan-kesalahan tertentu.
Sehingga kini, terdapat 32 kesalahan di bawah 8 akta berbeza yang mempunyai peruntukan hukuman mati. Daripada 32 kesalahan ini, 11 kesalahan memperuntukkan hukuman mati mandatori di mana hukuman mati adalah satu-satunya hukuman yang boleh dan wajib dikenakan ke atas individu yang didapati bersalah.
Apakah Tahap Pelaksanan Hukuman Mati di Malaysia?
Pada tahun 2017, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri ketika itu menyatakan bahawa sejumlah 1,122 pesalah telah disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah di Malaysia. Tempoh masa tidak diberikan tetapi sebagai perbandingan, diketahui bahawa 35 hukuman mati telah dilaksanakan dari 2007 sehingga 2017 menurut kenyataan Pengarah Jabatan Penjara Malaysia tahun lalu.
Sehingga Disember 2018, jumlah pesalah yang sedang menunggu pelaksanaan hukuman mati di penjara Malaysia adalah berjumlah 1,281 orang. Mengikut istilah kepenjaraan, pesalah yang telah dijatuhi hukuman mati dipanggil banduan akhir.
Sejumlah 56% banduan akhir adalah rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah warganegara asing. 89% banduan akhir adalah lelaki dan baki 11% adalah wanita.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, YB Liew Chin Tong, sejumlah 73% banduan akhir adalah atas kesalahan berkaitan dadah, 25% adalah atas kesalahan membunuh dan bakinya adalah atas kesalahan-kesalahan yang lain.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab atas hal ehwal undang-undang, Datuk Liew Vui Keong, kos pelaksanaan hukuman gantung yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM1,975 bagi setiap pesalah dan setiap hukuman mengambil masa kurang 15 saat untuk dilaksanakan. RM800 turut disediakan kerajaan bagi tujuan pengkebumian sekiranya mayat pesalah tidak dituntut waris atau keluarga.
Pesalah yang telah dijatuhi hukuman mati masih lagi boleh mengemukakan petisyen untuk mengurangkan bentuk hukuman kepada Lembaga Pengampunan selari dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Bagi tempoh 2007 sehingga 2017, seramai 165 orang banduan akhir telah diberi pengampunan menerusi Lembaga Pengampunan. Hukuman yang dikurangkan kebiasaannya adalah kepada penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun.
Kali terakhir pindaan undang-undang dibuat berkaitan hukuman mati adalah pada tahun 2017 apabila Akta Dadah Berbahaya 1952 dipinda bagi membolehkan mahkamah menentukan sama ada seseorang pesalah pengedaran dadah dijatuhi hukuman mati atau dipenjara seumur hidup, dan bukan hukuman mati mandatori seperti asalnya.
Pindaan tahun 2017 ini hanya terpakai bagi kes-kes yang belum diputuskan mahkamah pada masa itu. Mengikut undang-undang terkini, pesalah yang telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah sebelum pindaan ini dibuat masih perlu menjalani hukuman mereka.
Walaupun pindaan 2017 ini menggugurkan hukuman mati mandatori, para hakim masih lagi terikat dengan peruntukan hukuman mati sekiranya yang tertuduh tidak memenuhi syarat-syarat tertentu. Peruntukan double presumptions atau sangkaan berganda menyukarkan keadaan di mana seseorang yang ditahan kerana memiliki dadah melebihi jumlah tertentu akan turut dianggap terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Sekiranya pihak tertuduh tidak dapat membuktikan mereka tidak terlibat dalam aktiviti pengedaran, maka para hakim masih perlu menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka. Walau bagaimanapun, peruntukan anggapan berganda ini telah dimansuhkan oleh Mahkamah Persekutuan pada bulan Mei lalu.
Soal pemansuhan hukuman mati mandatori telah timbul sejak beberapa tahun lalu. Bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali pada tahun 2015 pernah menyatakan bahawa beliau akan mencadangkan kepada kabinet untuk memansuhkan hukuman mati mandatori untuk semua kesalahan bagi memberi ruang kepada hakim untuk menentukan hukuman.
Pakatan Harapan menerusi Janji 27 manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu telah menjanjikan pemansuhan hukuman mati mandatori. Namun beberapa isu pelaksanaan jelas kelihatan, dengan beberapa pendapat serta kenyataan pemimpin yang bercanggah berhubung tahap pemansuhan.
Pada 10 Oktober 2018, Menteri Undang-Undang Datuk Liew Vui Keong mengesahkan bahawa hukuman mati mandatori akan dimansuhkan. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan telah bersetuju agar pelaksanaan hukuman mati bagi pesalah yang telah dijatuhkan hukuman setakat itu ditangguhkan (moratorium) sehingga keputusan akhir dan pindaan undang-undang dibuat. Menurutnya juga, pembentangan pindaan undang-undang kepada akta berkaitan akan dibuat pada sidang Parlimen yang akan bermula pada bulan tersebut.
Tidak lama kemudian pada 15 Oktober 2018, Datuk Liew Vui Keong menyatakan keperluan pemansuhan hukuman mati bagi semua kesalahan, bukan sahaja hukuman mati mandatori. Beliau turut menyatakan cadangan hukuman penjara minimum 30 tahun bagi menggantikan hukuman mati apabila dimansuhkan kelak.
Seolah-olah mengesahkan perkara ini, pada 13 November 2018 Datuk Liew Vui Keong menngumumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk memansuhkan kesemua hukuman mati secara penuh. Namun begitu, sehari selepas kenyataan ini, Datuk Seri Dr Wan Azizah memberi kenyataan bahawa kerajaan masih lagi mempertimbangkan cadangan pemansuhan hukuman mati termasuklah cadangan pemansuhan terma mandatori.
Walaubagaimanapun, pada Disember lalu Malaysia buat pertama kalinya menyokong Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengisytihar moratorium atas pelaksanaan hukuman mati. Ini merupakan pembentangan kali ketujuh resolusi tersebut dibuat di Perhimpunan Agung PBB.
Percanggahan kenyataan-kenyataan dari pihak Kerajaan mungkin mencerminkan perdebatan umum tentang hukuman mati. Kumpulan yang menyokong pemansuhan hukuman mati memberi justifikasi berdasarkan hak asasi manusia dan kegagalan hukuman tersebut dalam memerangi jenayah manakala mereka yang membantah pula masih percaya hukuman mati adalah hukuman setimpal untuk jenayah berat dan kejam. Pada masa yang sama, kumpulan hak asasi manusia seperti Lawyers for Liberty dan Amnesty’s Malaysia telah tampil untuk mengkritik keputusan kerajaan yang dikatakan hanya akan memansuhkan hukuman mati mandatori berbanding kenyataan pemansuhan sepenuhnya.
Masyarakat umum seperti memihak kepada penerusan hukuman mati. Suatu tinjauan ringkas oleh News Straits Times dan Berita Harian menerusi saluran media sosial mendapati 82% daripada 22,000 responden tinjauan tersebut tidak bersetuju hukuman mati dimansuhkan. Namun, tinjauan ringkas tentang hukuman mati memberi soalan berbentuk ‘ya-tidak’ sahaja.
Nilai-nilai rakyat terhadap hukuman mati mampu bertukar dengan peredaran masa dan keadaan politik negara. Contoh dari Amerika Syarikat, sumber Pew Research Centre.
Pada 4 Julai 2019, Datuk Liew Vui Keong menyatakan bahawa pembentangan pindaan undang-undang bagi memansuhkan hukuman mati mandatori akan dibentangkan semasa persidangan Parlimen pada bulan Julai 2019. Setakat ini, pindaan tersebut masih belum berlaku. Kemungkinan beberapa butiran masih lagi perlu dipersetujui – baru-baru ini pada 6 September 2019, kerajaan mengumumkan pertubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan menasihatkan kerajaan mengenai penghukuman alternatif kepada hukuman mati.
Beberapa soalan peminat dasar dan rakyat
Bagaimanakah hukuman mati ditetapkan untuk kesalahan-kesalahan tertentu? Apakah pertimbangan yang terlibat bagi memutuskan keputusan mati adalah setimpal dengan sesuatu kesalahan?
Adakah hukuman mati benar-benar mampu mengurangkan kadar jenayah dalam sesebuah negara?
Apakah perubahan kadar jenayah di negara-negara yang telah memansuhkan hukuman mati?
Apakah proses dan syarat-syarat pengampunanselepas dijatuhkan hukuman mati?

Times of crisis amplify emotion and tension between groups. With Twitter as a gauge, we take a look at racial speech during Malaysia’s Covid-19 outbreak and ponder the importance of addressing hate during extraordinary times.
The Centre is a centrist think tank driven by research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas. We are a not-for-profit and a mostly remote working organisation.