Kos sara hidup, dalam bahasa mudahnya, adalah jumlah wang yang diperlukan untuk mengekalkan suatu taraf kehidupan.
Buat masa ini, Indeks Harga Pengguna (IHP, atau singkatan Bahasa Inggerisnya CPI) masih lagi merupakan indikator utama dalam mengukur kos sara hidup.
IHP mengukur perubahan harga ‘bakul’ barangan dan perkhidmatan yang dianggap biasa dibeli dan digunakan oleh suatu isi rumah di Malaysia. Terdapat 12 kategori barangan atau perkhidmatan di dalam ‘bakul’ tersebut.
Kategori-kategori ini berpandukan ‘Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan’ yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Wajaran (weightage) antara 12 kategori barangan dan perkhidmatan di dalam ‘bakul’ IHP ini diperolehi daripada Tinjauan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (HES) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dari masa ke semasa.
*Nota Teknikal Laporan Penuh IHP Bulanan terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia. Pendaftaran menerusi portal Jabatan Perangkaan Malaysia diperlukan untuk mengakses laporan.
Bagi mengukur IHP, Jabatan Perangkaan Malaysia membuat tinjauan harga barangan dan perkhidmatan setiap bulan atas kira-kira 17,000 kedai di Semenanjung Malaysia, 2,500 kedai di Sabah dan 2,300 kedai di Sarawak.
Perlu diingati, fungsi utama IHP adalah mengukur perubahan kos sara hidup dari bulan ke bulan atau tahun ke tahun. Ianya diungkap dalam bentuk peratus (%) dan bukan jumlah nyata RM.
Apa masalah IHP?
Menggunakan IHP sebagai ukuran utama kos sara hidup mungkin mengelirukan. Seperti yang dinyatakan di atas, IHP lebih kepada pengukuran kadar perubahan harga, iaitu pengukuran inflasi. Dalam pada itu, masih terdapat beberapa isu tentang IHP yang perlu diberi perhatian.
Pertama, walaupun IHP cuba membezakan kadar perubahan harga antara negeri dan kategori perbelanjaan (sebagai contoh, lihat laporan CPI bagi April 2019), IHP tidak menggambarkan kadar perubahan harga atau inflasi bagi isi rumah dari tahap pendapatan yang berbeza. Dan sudah tentunya, isi rumah dari tahap pendapatan, malah lokasi, yang berbeza akan mengalami tahap inflasi yang berbeza.
Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2015 menunjukkan bahawa isi rumah yang berpendapatan lebih rendah pada amnya mengalami kadar inflasi yang lebih tinggi. Isi rumah berpendapatan rendah di kawasan bandar juga cenderung untuk mengalami inflasi lebih tinggi daripada isi rumah pendapatan rendah yang tinggal di luar bandar.
Kedua, bayaran pinjaman rumah tidak termasuk dalam ‘bakul’ IHP; cuma sewa rumah diambilkira. Menurut pakar ekonomi (contohnya, sumber ini), mengabaikan bayaran pinjaman rumah akan membuatkan IHP terlalu rendah, lebih-lebih lagi memandangkan peningkatan harga rumah yang sangat pantas berbanding dengan kadar harga lain.
Ketiga, IHP hanya mengukur pergerakan harga tetapi tidak mengambilkira faktor kualiti. Jika harga meningkat tetapi kualiti barangan dan perkhidmatan menurun, kos sara hidup kita boleh dikatakan lebih buruk berbanding kadar inflasi. Sebaliknya, jika kualiti bertambah baik selari dengan kenaikan harga, kos sara hidup boleh dikatakan menjadi lebih baik. Tentunya, perubahan kualiti tidak senang diukur namun faktor ini harus juga dipertimbangkan.
Keempat, bias atau kecenderungan psikologi kita. Sebagai manusia, kita seringkali membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang terhad. Kajian menunjukkan bahawa pengguna cenderung merasakan dan mengingati kenaikan harga berbanding penurunan harga. Oleh itu, rasa ‘tidak setuju’ dengan kadar inflasi IHP yang dilaporkan sedikit sebanyak disebabkan faktor kecenderungan psikologi ini.
Apakah perkembangan terkini
Kayu pengukur kos sara hidup yang tepat dan yang diterima rakyat adalah penting, bukan sahaja bagi kegunaan dasar gaji dan dasar lain, tetapi juga bagi menunjukkan kedudukan sebenar kos kehidupan rakyat. Panduan Belanjawanku yang diterbitkan pada Mac 2019 menerusi kerjasama KWSP dan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya merupakan suatu langkah ke arah matlamat ini.
Panduan Belanjawanku dilapor sebagai berdasar kepada pola perbelanjaan sebenar enam jenis isi rumah di Lembah Klang, dari kategori bujang sehinggalah pasangan warga emas. Namun begitu, telah timbul beberapa persoalan tentang Belanjawanku terutamanya mengenai kos tempat tinggal, dengan ada yang mengatakan ia tidak menggambarkan realiti Lembah Kelang.
Baca cadangan kami bagi memperkukuhkan usaha Belanjawanku.
Selain daripada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah mengumumkan sebuah indeks kos sara hidup baru bagi mencerminkan keadaan sebenar. Antara agensi-agensi yang dikatakan terlibat di dalam pembentukan indeks baru ini ialah Jabatan Perangkaan Malaysia, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Beberapa persoalan peminat dasar serta rakyat biasa:
Bagaimanakah tahap ‘minima’ kos sara hidup ditentukan? Bagaimanakah kualiti mutu kehidupan, barangan dan perkhidmatan diambilkira dalam ketentuan ini?
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang isi rumah yang berbeza, terutamanya bagi yang berpendapatan rendah, bagaimana kalau diwujudkan ukuran kos sara hidup mengikut kumpulan pendapatan dan lokasi?

As General Election looms, we call upon those who will be vying for public office to offer proposals that will ensure a secure financial future for all Malaysians
Our Fair Work Act research series makes an argument for enacting broad legislation that defines what constitutes ‘fair work’ for all categories of workers in Malaysia. In this instalment, we explore the first plank: fair pay.
The Centre is a centrist think tank driven by research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas. We are a not-for-profit and a mostly remote working organisation.