Cabaran dalam menetapkan tahap perbelanjaan dan mutu kehidupan minima yang wajar serta cadangan kami.
By Editorial Team24 July 2019
Isu kos sara hidup yang semakin meningkat berbanding kenaikan gaji adalah keluhan yang sering kita dengar saban hari.
Untuk membantu warga kota, pada Mac tahun ini pihak KWSP bersama Social Wellbeing Research Centre (SWRC) University Malaya menerbitkan panduan perbelanjaan sara hidup bagi individu dan keluarga di Lembah Klang yang diberi nama Belanjawanku. Walaupun niat usaha ini positif, laporan tersebut disambut beberapa persoalan dari orang ramai, terutamanya tentang kewajaran kos-kos yang dipaparkan.
The Centre berpendapat bahawa usaha Belanjawanku ini berpotensi tinggi menjadi sumber maklumat dan panduan utama bagi rakyat untuk merancang perbelanjaan. Tetapi untuk mencapai potensi ini, ia perlu diterima oleh kumpulan sasarannya. Kami dengan hormat memajukan beberapa cadangan ke arah ini.
Belanjawan Siapa?
Pengarah SWRC, Datuk Dr. Norma Mansur, dalam temuramah dengan stesen radio BFM menjelaskan bahawa Belanjawanku merupakan panduan bagi merancang perbelanjaan, bermula dengan warga Lembah Klang.
Menurut laporan, kos-kos perbelanjaan yang disarankan dalam Belanjawanku datang dari data yang sedia ada, tinjauan yang dijalankan pihak SWRC di ibu kota, pemeriksaan harga serta kumpulan tumpuan (focus groups).
Namun begitu, maklum balas orang ramai terhadap beberapa kos yang disarankan memberi gambaran bahawa beberapa nasihat Belanjawanku mungkin sukar diikuti, termasuk mereka yang berpendapatan rendah. Kami mengambil kes perbelanjaan sewa rumah sebagai contoh.
Panduan perbelanjaan sewa rumah Belanjawanku untuk seorang yang belum berkahwin dan yang tinggal di Kuala Lumpur ialah sebanyak RM300 untuk satu bilik. Untuk mendapatkan kepastian sama ada amaun ini adalah realistik, kami membuat tinjauan ringkas di laman web ibilik.com.
Kami dapati bahawa di dalam lingkungan 20km dari pusat bandar Kuala Lumpur, sewa bilik adalah dalam sekitar RM450-RM600 di kawasan ‘berpatutan’ seperti Setapak atau Jalan Klang Lama. Untuk bilik yang berharga RM300 perlulah lebih jauh sedikit seperti di Cheras atau Petaling Jaya.
Jika diperluaskan ke kawasan lebih jauh dari pusat bandar tetapi masih dalam lingkungan Lembah Klang seperti Klang, Serdang, Rawang atau Semenyih, maka sewa RM300 ini memang ada.
Menurut kajian laman web iMoney yang dilaporkan oleh the Malay Mail pula, ada anak muda belum berumahtangga yang tinggal di sekitar Lembah Klang dengan kos sewa bilik hampir kepada RM1,100 sebulan. Sudah tentu, ini bukanlah panduan perbelanjaan yang paling minima tetapi ia menunjukkan aspek pertimbangan antara kos, jarak dan mutu bilik yang perlu dibuat.
Semakin jauh dari ibu kota, semakin kurangnya pengangkutan awam yang cukup kerap dan boleh dipercayai; apa-apa penjimatan dari segi sewa rumah atau perbelanjaan runcit akan disalurkan balik kepada kos pengangkutan pula.
Tentu sekali kesediaan seseorang itu untuk tinggal di bilik sewa murah berbanding mahal berkadaran dengan gaya hidup masing-masing. Tetapi kalau kita kembali kepada konsep asal Belanjawanku sebagai reference budget, adakah iapanduan perbelanjaan paling minima, atau panduan perbelanjaan untuk membolehkan seseorang itu menjalani hidup yang bermakna, walaupun berpendapatan rendah?
“Kehidupan bermakna” ini bukan sekadar cukup untuk makan minum, pakaian dan tempat tinggal ala kadar, tetapi dalam keselesaan berpatutan dan boleh membuat perbelanjaan budi bicara lain termasuk menghantar wang kepada ibu bapa atau tanggungan tambahan lain.
Panduan perbelanjaan paling minima atau panduan perbelanjaan untuk hidup yang bermakna?
Realiti Kehidupan di Ibu Kota
Pada masa yang sama, saranan gaji wajar oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk warga Kuala Lumpur yang belum berkahwin ialah sebanyak RM2,700. (Baca primer kami yang menjelaskan perbezaan antara gaji kehidupan wajar dan gaji minima).
Jelas, angka yang disarankan oleh Belanjawanku untuk warga Lembah Klang yang belum berkahwin adalah lebih rendah dari gaji kehidupan wajar yang disarankan oleh BNM. Angka yang manakah yang patut dijadikan panduan?
Apa pun jua, hakikat kehidupan sebenar warga kota tidak boleh disimpulkan dengan gambaran secara purata. Berikut merupakan sorotan tiga warga Lembah Klang yang begitu berbeza pola kehidupan mereka:
F, 25, belum berkahwin, tinggal di Serendah dan bekerja di Kuala Lumpur F memilih untuk tinggal bersama keluarga untuk menjimatkan wang dan berulang-aling menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Beliau tiada kos sewa, dan membelanjakan lebih kurang 10% dari gaji beliau untuk kos pergi balik sejauh 85km setiap hari. Gaji beliau sekitar RM2000-RM2500.
A, 24, tinggal di Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur A menyewa kerana tidak berasal dari Kuala Lumpur, jadi dia tidak boleh tinggal di rumah keluarganya. Beliau berulang-alik hampir 70km setiap hari, dan hampir 43% dari gaji beliau dibelanjakan untuk sewa dan kos pengangkutan. Gaji beliau sekitar RM3000-RM3500.
P, 29, tinggal di Semenyih dan bekerja di KLCC Sebab utama P memilih untuk tinggal di Semenyih adalah faktor keluarga: beliau adalah anak sulung dan tinggal bersama ibu bapa beliau. Ini menjimatkan kos dari segi sewa rumah: jika P menyewa lebih dekat dengan tempat kerja, kos ini akan memakan lebih kurang 25% dari gaji beliau, wang yang katanya lebih elok digunakan untuk menyara keluarga. Beliau berulang alik dengan motosikal dan kereta. Kos perbelanjaan boleh mencapai 20% dari gaji beliau jika berkereta.
Apabila kita mengambil kira kesemua ini secara menyeluruh, memang sukar untuk kita membuat hanya satu dasar, atau satu kesimpulan. Ini merupakan cabaran yang dihadapi oleh pihak pentadbiran dan penggubal dasar. Namun begitu, ini tidak bermakna kita tidak boleh berbuat apa-apa.
Langkah ke hadapan
Jadi, ke mana kita sekarang? Kami di The Centre sebenarnya menyambut baik usaha-usaha seperti Belanjawanku, kerana kami percaya bahawa dasar kerajaan perlu selari dengan usaha mendidik rakyat tentang pengurusan kewangan yang lebih mapan.
Yang jelas, kejayaan usaha Belanjawanku sebagai reference budget atau panduan perbelanjaan bergantung kepada penerimaan masyarakat – dan penerimaan ini pula dipengaruhi oleh sejauh mana masyarakat dapat ‘melihat’ diri mereka sendiri dalam saranan yang dibuat.
Oleh itu, kami ingin mencadangkan dalam versi seterusnya, panduan Belanjawanku ‘dihidupkan’ dengan beberapa contoh individu dan keluarga sebenar yang mewakili kes-kes biasa di Lembah Kelang. Contoh yang khusus, apalagi yang boleh dikaitkan dengan wajah ‘rakyat biasa’ dan maklumat yang relevan, lebih dipercayai daripada sekadar statistik.
Kedua, fokuskan sasaran panduan tersebut mengikut lokasi atau jenis penempatan. Panduan belanjawan bagi mereka yang tinggal dan bekerja di Lembah Kelang harus mengetengahkan pelbagai perbezaan; sama ada tinggal dekat dengan pusat bandar atau tidak, berkenderaan sendiri atau tidak dan bermacam lagi. Panduan belanjawan bagi mereka yang tinggal di bandaraya lain, bandar sederhana, pinggir bandar dan luar bandar akan mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Akhir kata, untuk renungan:
Dengan bantuan laporan Belanjawanku sebagai reference budget, bagaimanakah kita boleh menggalakkan seseorang individu atau keluarga berbelanja dengan lebih sihat dengan maklumat yang diberikan? Kita tahu bahawa pemberian maklumat semata-mata tidak semestinya akan mengubah tabiat, lebih-lebih lagi apabila perubahan tersebut adalah sukar.
Kami ingin mendengar dari anda: apakah perancangan yang perlu ada untuk menzahirkan apa yang tertera di kertas, kepada perubahan sebenar gaya hidup?

While the MY30 public transportation pass is commendable, we ask what are the policy commitments for getting public transportation back on track in the new normal.
Bagaimana untuk memastikan penyertaan pekerja dalam skim perlindungan sosial seperti KWSP dan sebagainya? Kami berpendapat bahawa penyertaan skim secara sukarela tidak berkesan dan mencadangkan pendekatan alternatif.
Tanggapan umum tentang pekerja gig ialah mereka terdiri dari golongan pesara atau graduan yang menganggur. Kami ketengahkan profil pekerja gig yang lebih objektif supaya lebih mudah mengenalpasti risiko-risiko berbeza yang mereka hadapi.
The Centre is a centrist think tank driven by research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas. We are a not-for-profit and a mostly remote working organisation.