Research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas.
Berapa jauhkah sebenarnya jurang antara anda dengan Aliff Syukri? Dengan cikgu sekolah rendah? Kalkulator kami menggambarkan konsep jurang pendapatan dengan cara yang lebih bermakna.
By Aziff Azuddin10 January 2020
Dalam laporan terkini World Bank bertajuk ‘Making Ends Meet‘, institusi tersebut menyatakan bahawa jurang pendapatan dan masalah ketidaksamaan di Malaysia semakin meruncing. Malah, ia mungkin lebih serius dan kita hanya akan dapat gambaran sebenar apabila penunjuk aras kemiskinan dan tahap pendapatan dikemaskini.
Kami di The Centre bersetuju bahawa tahap pendapatan yang mewakili taraf hidup yang wajar perlu dikemaskini untuk menggambarkan keadaan dan kos hidup semasa. Tetapi sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan ketidaksamaan atau ‘inequality‘ dalam erti kata kehidupan seharian kita? Bolehkah ia difahami secara mudah?
The Centre telah menyediakan dua kalkulator untuk menggambarkan jurang ketidaksamaan dari segi tahap kemampuan barang-barang biasa. Dengan kalkulator pertama, anda boleh melihat tempoh yang diperlukan bagi membeli sesuatu barangan dengan gaji bulanan anda. Kalkulator kedua membolehkan anda membandingkan tahap kemampuan ini dengan mereka dari tahap-tahap pendapatan yang lain.
Anda ada cadangan untuk kalkulator lain? Atau ada komen tentang kalkulator ini? Boleh hubungi kami melalui editorial@centre.my.
The Centre is a centrist think tank driven by research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas. We are a not-for-profit and a mostly remote working organisation.