RESEARCH PILLARSALL PUBLICATIONS

Research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas.


Editorial Others

5 Perkara Yang Mungkin Tidak Berlaku pada Tahun 2020

Menjelang tahun baharu 2020, kami bawakan 5 perkara yang mungkin tidak akan berlaku pada tahun hadapan.

By Azmadi Samsuddin30 December 2019


Tahun 2019 akan melabuhkan tirai kurang 48 jam daripada sekarang. Seperti kebiasaannya, kehadiran tahun baharu pastinya turut disusuli dengan impian yang hendak dicapai dan mampu berlaku pada tahun tersebut.

Walau bagaimanapun, kadangkala terdapat beberapa perkara yang mungkin tidak tercapai, walaupun kita mahukannya . Justeru, kami bawakan 5 perkara yang kebarangkaliannya, mungkin tidak akan berlaku pada tahun 2020.

1. Wawasan 2020

  • Wawasan 2020 merupakan suatu visi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ia telah dibentangkan pada tahun 1991 oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir menerusi kertas kerja khas bertajuk ‘Malaysia: Langkah Ke Hadapan’.
  • Beberapa hari mencecah tahun 2020, masih terdapat banyak perkara yang belum dapat dicapai di dalam sembilan cabaran yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam pembentangannya ketika itu. Susulan itu, sasaran mencapai status negara maju berpendapatan tinggi telah diubah ke tahun 2030 menerusi pengenalan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang telah dilancarkan pada awal Oktober yang lalu.

2. Kereta Terbang

  • Ketika pengumuman dibuat tentang kereta terbang, rakyat Malaysia membayangkan ianya adalah kereta yang boleh dipandu di atas jalan raya serta boleh diubah ke mod penerbangan jika perlu: contohnya untuk mengatasi kesesakan jalan raya ataupun untuk mengelak daripada membayar tol.
  • Walaubagaimanapun, perkembangan akhir-akhir ini membuatkan rakyat Malaysia hampa apabila kereta terbang yang diidamkan rupa-rupanya hanyalah sejenis dron. Tambahan pula, ekosistem dan regulasi perundangan bagi kereta terbang ini juga masih belum diwujudkan.

3. Penangguhan Bayaran PTPTN

4. Penyelesaian Kes 1MDB

  • Semakin dirungkai, semakin rumit. Isu 1MDB yang kompleks masih sedang melalui proses pendengaran dan perbicaraan kes di mahkamah dan kebarangkalian tinggi akan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Pada ketika ini, proses mahkamah masih di peringkat Mahkamah Tinggi dan seterusnya akan melalui Mahkamah Rayuan sebelum akhirnya ke Mahkamah Persekutuan.
  • Selain itu, salah seorang suspek utama dalam kes ini iaitu Jho Low sehingga kini belum ditangkap dan masih lagi bergerak bebas dengan wajah yang dikatakan telah diubah menyerupai beruang dan seladang.

5. Peralihan Kuasa Perdana Menteri

  • Pakatan Harapan sebelum PRU-14 menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir akan menjadi Perdana Menteri interim sebelum jawatan tersebut diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun terdapat percanggahan tempoh sebenar, namun telah wujud desakan agar perkara ini dibuat menjelang tahun kedua pentadbiran Pakatan Harapan.
  • Perdana Menteri pada 11 Disember lalu menyatakan bahawa peralihan kuasa hanya akan berlaku selepas Sidang Kemuncak APEC 2020 pada bulan November 2020. Beliau juga telah berulangkali menyatakan perkara ini hanya akan dibuat selepas beberapa isu legasi kerajaan terdahulu dapat diselesaikan. Melihatkan kepada senario terutamanya tarikh persidangan APEC 2020, terdapat kemungkinan peralihan kuasa Perdana Menteri tidak akan berlaku pada tahun 2020.

Selamat Tahun Baharu 2020! Semoga segala yang terbaik buat rakyat dan negara Malaysia pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.

Kongsikan pandangan anda bersama kami di editorial@centre.my .


The Centre is a centrist think tank driven by research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas. We are a not-for-profit and a mostly remote working organisation.

JOIN OUR MAILING LIST.
WE WON’T SPAM YOU!

RESEARCH PILLARS
ALL PUBLICATIONS
ABOUT US
IN THE NEWS