RESEARCH PILLARSALL PUBLICATIONS

Research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas.


Primer Safety Nets

Isu Pembiayaan Pendidikan Tinggi di Malaysia

Kos pembiayaan pengajian tinggi di Malaysia serta isu beban hutang pendidikan.

By Editorial Team3 December 2019


Read English Version

Berapa Kos Untuk Mendapatkan Ijazah Sarjana Muda di Malaysia?

  • Di Malaysia, kos pengajian di IPTA mendapat subsidi kerajaan (sumber: Infografik The Edge, Isu 1294) yang membolehkan IPTA mengenakan yuran pengajian lebih rendah berbanding di IPTS. Rajah di bawah memberikan gambaran ringkas julat rendah dan tinggi yuran pengajian untuk pelajar tempatan bagi peringkat ijazah sarjana muda di beberapa universiti terpilih berdasarkan tinjauan kami. Ia dibahagikan mengikut beberapa bidang pengajian untuk empat kategori IPT utama. Yuran ini tidak termasuk kos-kos tambahan seperti kos perjalanan, kos sara hidup dan kos bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajian.
Rajah di atas menunjukkan kadar yuran pengajian yang dikenakan di beberapa IPT terpilih bagi peringkat ijazah sarjana muda. Angka-angka tersebut telah dibundarkan kepada ratus yang terhampir. Di mana pada asalnya, kos pengajian yang dinyatakan adalah untuk satu semester, ia telah dijumlahkan untuk memberi gambaran kos keseluruhan. Sila lihat nota dibawah untuk maklumat lanjut tentang proses dapatan maklumat ini.

Yuran di atas diperolehi dari laman web IPT terpilih, antaranya UM, UUM, UKM, UMP,UTem dan Unimas bagi IPTA, Uniten, Multimedia University and UTAR bagi IPTS I, Taylor’s University dan HELP University bagi IPTS II dan Nottingham, Monash and Manipal Melaka bagi kampus IPT luar negara di Malaysia.

Nota Ringkas: Maklumat Yuran Pengajian
Dalam proses mengumpul maklumat tentang yuran pengajian di IPT tempatan, kami mendapati tiada keseragaman antara institusi dan ini menyukarkan pengguna (seperti kami) untuk membuat perbandingan. Contohnya, ada universiti yang memaparkan yuran untuk setiap jam kredit (tetapi tidak memberi jumlah jam kredit untuk kursus tertentu), ada yang memaparkan yuran setiap semester dan ada pula yang memaklumkan yuran tahunan dan keseluruhan. Beberapa institusi pula tidak memaparkan maklumat tentang yuran di laman web mereka.

Untuk memastikan kesahihan maklumat di laman web, kami menghubungi beberapa institusi secara e-mel dan juga panggilan telefon. Kami berterima kasih kepada institusi yang membantu kami. Namun, ada juga institusi lain yang tidak membalas emel, atau tidak dapat mengesahkan yuran terkini melalui telefon.

Jadual di atas memberi anggaran yuran pengajian berdasarkan apa yang dapat kami perolehi, dengan angka dibundarkan kepada ratus yang terhampir. Pengalaman peribadi orang ramai mungkin berbeza dengan angka yang di atas

Sumber Pembiayaan Pendidikan

Persendirian

Bekerja Separuh-Masa
Amalan bekerja separuh masa untuk menampung perbelanjaan pengajian semakin menjadi kebiasaan untuk para pelajar IPT. Ada yang menggunakan wang hasil perkerjaan ini untuk menampung kos pengajian tambahan, kos sara hidup atau menabung untuk membayar balik pinjaman pengajian kelak. Laporan HSBC tentang pengajian tinggi mendapati secara purata, di samping ke kelas dan membuat ulangkaji, pelajar IPT di Malaysia juga bekerja 3.4 jam setiap hari.

Pinjaman Pendidikan

  • Pelajar IPT di Malaysia boleh membuat pinjaman pendidikan, tetapi jumlah pinjaman ini mungkin tidak merangkumi keseluruhan kos pengajian. Dana PTPTN merupakan sumber pinjaman yang paling popular.
  • Pembiayaan PTPTN diberikan berdasarkan kemampuan keluarga pelajar dan tertakluk kepada kos pembiayaan yang tersenarai di laman web mereka.
  • Agensi kerajaan seperti MARA, serta organisasi swasta, institusi kewangan dan koperatif juga turut memberi bantuan pinjaman pendidikan.

Biasiswa

  • Pelajar cemerlang berpeluang mendapat biasiswa dari kerajaan, syarikat GLC atau swasta serta universiti di mana mereka belajar. Biasanya, pelajar yang mendapat biasiswa perlu bekerja untuk pihak penaja setelah tamat pengajian mereka.
  • Senarai biasiswa yang ada boleh didapati di laman web seperti Senarai Biasiswa Terkini, Afterschool.my and Eduadvisor dan biasanya akan dikemas kini sekitar waktu keputusan SPM /STPM diumumkan. Jumlah pembiayaan biasiswa berbeza-beza mengikut skim penajaan – ada biasiswa yang memberi jumlah tertentu dan ada yang menaja keseluruhan kos pengajian termasuk sara hidup.

Bantuan Kewangan Lain

Crowdfunding

  • Satu alternatif baru yang kini semakin popular di Malaysia ialah crowdfunding di mana para pelajar boleh memohon bantuan dari orang ramai untuk membiayai pengajian mereka. Walaupun ia tidak ekslusif untuk pengajian tinggi, contoh salah satu platfom crowdfunding untuk pendidikan ialah Skolafund.com.

Impak Kos Pengajian Tinggi ke Atas Graduan

  • Jadual yang dipaparkan di atas memberi gambaran asas julat yuran pengajian di beberapa IPT di seluruh negara. Kos ini tidak termasuk kos-kos sampingan seperti kos sara hidup dan kos peralatan yang masih perlu ditanggung oleh para pelajar, tidak kira sama ada mereka belajar di IPTA atau di IPTS.
  • Isu beban hutang pendidikan tidak dibincangkan dengan begitu meluas di Malaysia berbanding dengan negara seperti Amerika Syarikat. Namun begitu, peningkatan bilangan pelajar yang mengambil pinjaman pendidikan bermakna semakin ramai graduan Malaysia menanggung beban hutang pendidikan setelah tamat pengajian.
  • Kaji selidik AKPK pada tahun 2018 tentang tingkahlaku kewangan pekerja dewasa warga Malaysia mendapati beban hutang pendidikan merupakan antara lima beban hutang utama warga bekerja, dan antara kedua hutang utama bagi mereka berusia 20-29 tahun.

Pembiayaan PTPTN dan Beban Hutang Pendidikan

Soalan Dari Peminat Dasar
Setakat manakah masalah kutipan hutang PTPTN hanya isu mekanisma kutipan yang kurang efisien?

Bagaimanakah faktor ekonomi seperti gaji permulaan graduan yang rendah, kos sara hidup yang tinggi dan pengangguran di kalangan graduan menyulitkan lagi masalah beban hutang pendidikan?


Email us your views or suggestions at editorial@centre.my.


The Centre is a centrist think tank driven by research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas. We are a not-for-profit and a mostly remote working organisation.

JOIN OUR MAILING LIST.
WE WON’T SPAM YOU!

RESEARCH PILLARS
ALL PUBLICATIONS
ABOUT US
IN THE NEWS