Kerajaan menggunakan hasil yang dikutip untuk perbelanjaan negara. Ketahui bagaimana kerajaan berbelanja.
By Editorial Team6 October 2019
Apakah itu perbelanjaan kerajaan?
Hasil yang dikutip dan diterima oleh kerajaan menyumbang kepada perbelanjaan sesebuah negara. Pada dasarnya, perbelanjaan kerajaan terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
Glosari
Emolumen: gaji, yuran, atau keuntungan dari pekerjaan.
Pencen: Pembayaran tetap dibuat oleh kerajaan kepada kakitangan yang telah bersara, atau kepada janda mereka atau orang yang kelainan upaya.
Gratuiti: Jumlah pembayaran yang dibayar kepada pekerja pada akhir tempoh pekerjaan.
Subsidi: jumlah wang yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu perniagaan atau industri untuk mengekalkan harga komoditi pada kadar yang rendah atau mampu milik.
Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan pentadbiran yang berterusan dari tahun ke tahun untuk membiayai pengurusan dan pentadbiran negara. Perbelanjaan dalam kategori ini termasuk emolumen, pencen, ganjaran dan gratuiti, hutang, caj perkhidmatan, bekalan dan perkhidmatan, subsidi dan perbelanjaan yang lain-lain.
Perbelanjaan mengurus kerajaan berbentuk jangka masa pendek, iaitu tempoh setahun sehingga Belanjawan yang seterusnya. Ia juga tidak bergantung pada tingkat pendapatan negara. Ini bermakna kerajaan perlu memastikan peruntukan untuk perbelanjaan mengurus disediakan walaupun pendapatan negara meningkat atau merosot.
Perbelanjaan pembangunan pula adalah peruntukan yang akan digunakan bagi tujuan pelaburan pembangunan ekonomi dan sosial. Perbelanjaan pembangunan merupakan suatu bentuk pelaburan atau perbelanjaan modal untuk kesan jangka masa panjang.
Bagi tahun 2019, peruntukan bagi perbelanjaan mengurus kerajaan meningkat sebanyak RM24.6 bilion berbanding RM234.23 bilion pada tahun 2018 manakala perbelanjaan pembangunan menyaksikan peningkatan sebanyak RM8 bilion berbanding RM48 bilion pada tahun 2018.
Mengapakah perbelanjaan mengurus lebih tinggi berbanding pembangunan?
Pada tahun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa kerajaan menghadapi masalah untuk menurunkan perbelanjaan mengurus negara. Menurut beliau, sebanyak 91.3% daripada perbelanjaan mengurus terdiri daripada perbelanjaan wajib seperti pembayaran emolumen, hutang, dan pencen.
Pemberian dan bayaran tetap merupakan bahagian yang terbesar dalam peruntukan perbelanjaan mengurus kerajaan. Antara kategori lain di bawah perbelanjaan mengurus adalah:
Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajaran
Pemberian Dalam dan Luar Negeri
Tuntutan Insuran dan Pampasan
Ganjaran dan Pencen
Gantian cuti rehat
Faedah, Dividen dan Kenaan Bayaran Hutang Negara yang lain
Seperti mana yang dinyatakan menerusi sebuah laporan yang dikeluarkan oleh ISEAS-Institut Yusof Ishak, saiz perkhidmatan awam yang besar merupakan antara penyumbang kepada tahap perbelanjaan ini.
Sebagai ilustrasi, carta yang berikutnya menunjukkan perkembangan bilangan penjawat awam Malaysia antara tahun 1995 dan 2016;
Berdasarkan graf di atas, bilangan pejawat awam sering meningkat dari tahun 1995 hingga 2016. Oleh yang demikian, Kerajaan juga terpaksa meningkatkan peruntukan untuk pembayaran gaji, emolumen, dan pencen penjawat awam.
Perdana Menteri turut mendedahkan bahawa dalam Belanjawan 2019, perbelanjaan pembangunan dipotong kerana kerajaan tidak mampu mengurangkan lagi perbelanjaan mengurus. Menurut beliau ketika sesi persidangan parlimen pada bulan Mac 2019, pengurangan tersebut menyebabkan perkembangan ekonomi yang perlahan kerana “ketidakmampuan kerajaan berbelanja untuk projek-projek pembangunan yang menjana kesan berganda kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial negara”.
Walaubagaimanapun, kerajaan boleh menerbitkan hutang kerajaan untuk menampung perbelanjaan pembangunan sekiranya hasil kerajaan yang diperolehi tidak mencukupi. Ikuti primer kami tentang peranan hutang dalam belanjawan negara.
Soalan peminat dasar dan rakyat
Bagaimanakah kerajaan boleh menyeimbangkan perbelanjaan pembangunan antara keperluan-keperluan yang kelihatan sama penting? (Contohnya: bina lebih sekolah, atau lebih hospital?)
Apakah cara terbaik untuk kerajaan membuat rombakan kepada sektor awam untuk menangani masalah perbelanjaan mengurus yang tinggi? Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan?

The Centre is a centrist think tank driven by research and advocacy of progressive and pragmatic policy ideas. We are a not-for-profit and a mostly remote working organisation.